Monday, 30 September 2013

Kencing Manis – Ketahui fakta tentang penyakit kencing manis yang boleh meragut kebahagian anda !!!!

Rakyat Malaysia terancam !!!!

Mengikut tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 Tahun 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Namun begitu, masalah menjadi bertambah buruk apabila penyakit kencing manis yang dihidapi tidak disedari oleh separuh dari mereka.
Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan  masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.

Apakah dia Kencing Manis (Diabetes)?

Kencing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilannya keberkesanan hormone insulin.
Definisi Insulin: Insulin ialah sejenis hormone yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga yang utama.
Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga. Perhatikan gambarajah di bawah ini :



Faktor penyebab kencing manis – Insulin tidak berfungsi atau tidak berkesan


Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan.
Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga. Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.

Jenis-Jenis Diabetes :
Apakah jenis diabetes? 3 jenis utama diabetes atau kencing manis adalah seperti berikut:

-    Kencing manis jenis 1:
Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

-    Kencing manis jenis 2:
Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.
Diabetes jenis 1 dan 2 dapat dibezakan seperti berikut:

Diabetes Jenis 1
Diabetes Jenis 2
Jarang berlakuu tetapi jika berlaku, keadaanya adalah lebih teruk.Biasa berlaku.
Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda, antara umur 10 – 16 tahunTejadi dikalangan mereka yang lebih dewasa, berumur sekita 35 tahun ke atas
Terjadi begitu cepat. Terjadi apabila insulin yang dikeluarkan dari pancreas dimusnahkanTerjadi secara perlahan-lahan. Insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan menyebabkan paras glukosa di dalam darah meningkat
Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manisMempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis
Tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesityKejadian kegemukan sangat tinggi
Pesakit akan mengalami tanda-tanda awal kencing manis dari gejala amaran yang seriusMerupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan suntikan insulinKebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan senaman (menurunkan berat badan) dan ubat dan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu)

-    Kencing manis sewaktu hamil:

Kencing manis ketika hamil adalah bersifat sementara. Kencing manis semasa hamil merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita. Ianya berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung. Risiko kencing manis semasa mengandung adalah 2-3% daripada semua kehamilan. Antara tanda-tanda kencing manis ketika mengandung adalah menghadapi masalah kelesuan, merasa teramat dahaga dan kerap buang air kecil.
Semasa wanita hamil, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan “human placental lactogen” akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.
Bagi kebanyakan wanita yang mengandung, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka kencing manis sewaktu hamil akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kencing manis kemudian nanti.

Tanda-tanda penyakit kencing manis
Setiap pesakit kencing manis akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang berlainan. Antara tanda-tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami adalah:
* Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)
* Keletihan / Sentiasa letih
* Penurunan berat badan secara mengejut
* Kabur penglihatan
* Otot lemah
* Gatal-gatal di tempat kemaluan
* Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas
* Pening-pening
* Bertambah selera makan
* Lidah kering
* Nafas berbau manis
Namun begitu, terdapat juga pesakit kencing manis  yang tidak mempunyai tanda-tanda sakit kencing manis. DEngan erti kata lain, anda boleh menghidapi penyakit diabetes tanpa apa-apa tanda atau gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Dinasihatkan supaya anda menjalankan ujian di klinik kesihatan berhampiran.

Apakah risiko atau faktor kencing manis?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidap penyakit kencing manis. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini jika mempunyai perkara berikut:
1.    Tidak aktif secara fizikal.
- Mereka yang tidak atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes atau kencing manis.
2.    Sejarah keluarga
- Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap kencing manis, kebarangkalian anak-anak mereka mewarisi penyakit kencing manis adalah tinggi.
3.    Berat badan yang berlebihan.
- Obesiti atau berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai BMI > 30 adalah dikategorikan sebagai orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit kencing manis.
4.    Faktor pemakanan
- Mereka yang mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu mempunyai risiko untuk menghidap kencing manis.
5.    Umur
- Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kencing manis.
6.    Sejarah kencing manis sewaktu hamil
- Mempunyai sejarah diabetes pada kehamilan yang terakhir. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih), kebarangkalian untuk menghidapi penyakit kencing manis adalah tinggi.

Rawatan penyakit kencing manis
Langkah pertama di dalam merawat kencing manis adalah dengan mengawal paras glukosa di dalam darah. Ianya boleh dilakukan dengan cara pengubahsuaian diet pemakanan dan senaman sederhana secara berterusan.  Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, maka pengambilan ubatan dan terapi insulin adalah diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.

1.    Mengamalkan amalan diet pemakanan yang baik.

Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit kencing manis:
-    Mempeolehi zat-zat makanan yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul.
-    Mengawal paras gula dalam darah.
-    Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
-    Untuk mengelak dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.

Tips dan panduan bagi merancang pemakanan harian:

-    Waktu makan yang teratur: Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan snek.
-    Pilih jenis makanan yang sesuai: Makanan yang dielakka, makanan yang bebas, dan makanan yang perlu dikawal (akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah).
-    Kurangkan lemak, garam serta makanan yang tinggi kolestrol.

Makanan Bebas
Makanan bebas adalah makanan yang tidak mengandungi gula ringkas dan tidak mempengaruhi aras glukos darah. Sebagai contoh, air tanpa gula dan sup cair. Semua jenis sayuran dan ulaman. Sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi dan berupaya untuk memperlahankan kadar penyerapan glukos ke dalam darah.

Makanan yang perlu dielakkan
Makanan yang disenaraikan di bawah perlu dielakkan kerana ianya mengandungi gula ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat. Antaranya adalah seperti:
-    Gula putih, gula merah, gula Melaka, gula batu, gula-gula.
-    Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan dan cordial.
-    Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, ais krim dan coklat
-    Air tebu, air kelapa muda, nira, minuman yang ditambah gula.

2.    Senaman secara sederhana setiap hari

Senaman yang sederhana secara berterusan dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.
Selain daripada itu, program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

3.    Ubatan dan Insulin

Ubatan diperlukan bagi menggalakkan pengeluaran insulin dari “beta-cells” pankreas. Bagi pesakit yang dinasihatkan oleh doktor bagi mengambil insulin secara suntikan, insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu.
Anda perlu mendapatkan doktor atau jururawat yang terlatih bagi mengajar teknik suntikan insulin. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.
Jarum suntikan boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit.





Utk mendapatkan kolsultasi berterusan dari saya, sila hubungi saya di :
NOR ASILA BINTI MAT YATIM
SHAKLEE ID : 907481
HP : 012-672 2762
C.O.D. AREA MERU / KLANG / SHAH ALAM / KUALA SELANGOR 

KENCING MANIS : KETAHUINYA LEBIH LANJUT

Tanda-tanda Awal Penyakit Diabetes (Kencing Manis)

  1. Haus atau dahaga yang keterlaluan.
  2. Letih dan lemah otot.
  3. Berat badan menurun.
  4. Penglihatan kabur.
  5. Gatal.
  6. Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
  7. Luka yang lambat sembuh.
  8. Kerap kencing.
  9. Gatal pada kemaluan.
  10. Rasa kebas. 



Siapa berisiko tinggi mendapat diabetes ?

  1. Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes. .
  2. Berat badan berlebihan atau obesiti.
  3. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
  4. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  5. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah empat kilogram atau lebih).
  6. Tekanan darah tinggi.
  7. Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat.
  8. Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
  9. Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi


Panduan pemakanan untuk pesakit diabetes :

  1. Banyakkan makan sayur dan kurangkan makanan daripada haiwan. 
  2. Lebihkan pengambilan makanan yang dimasak sendiri dan kurangkan makanan yang diproses. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.
  3. Pilih makanan berlemak secara bijak. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan dan makanan di pasaran yang dibakar dengan lemak trans.
  4. Pilih makanan berkarbohidrat secara bijak. Kurangkan pengambilan gula, kurangkan makanan dihasilkan menggunakan tepung putih. Lihat pada label kandungan roti terlebih dulu dan baca kandungan serta pada roti itu. 
  5. Ambil sekurang-kurangnya tiga cawan susu rendah lemak sehari.
  6. Ambil makanan berprotein secara sederhana. Amalkan pengambilan ikan dan ayam tanpa kulit. 
  7. Hadkan pengambilan sodium iaitu kurang daripada 2,300 miligram sehari. Sodium ini terkandung dalam garam dan makanan dalam tin. 
  8. Ambil makanan kaya potasium contohnya pisang, buah bersitrus, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan makanan tinggi kalsium contohnya susu rendah lemak, brokoli, bayam dan tauhu. 
  9. Makan banyak bijirin terutamanya bijiran gandum. 
  10. Makan banyak ikan, utamakan cara memasak dengan membakar, panggang atau gril berbanding menggoreng.
  11. Sekiranya anda mengambil daging merah sebagai hidangan, cuba kurangkan kuantitinya. Hindari lemak daging, daging proses dan hati. 
  12. Makan telur secara berhemat. Ambil secara purata tidak lebih daripada sebiji telur kuning sehari termasuk yang digunakan untuk dimasak atau dibuat kek. 
  13. Gunakan minyak sayuran secara sederhana. Utamakan minyak zaitun dan minyak canola. Kurangkan penggunaan minyak sayuran, minyak sawit dan santan.






Sunday, 22 September 2013

10 Faktor Risiko Penyebab Tekanan Darah Tinggi

Penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi, bukanlah jenis penyakit baru. Hampir semua orang pernah tahu atau bahkan mengalaminya. Tetapi, berapa banyak yang tahu pasti apa yang menjadi faktor penyakit darah tinggi pada seseorang?


Berikut adalah 10 faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami tekanan darah tinggi.
  • Faktor keturunan - Bukan hanya warna kulit, ciri fizikal atau sifat yang boleh diwarisi dari orang tua kita. Tetapi, penyakit pun boleh. Jika salah seorang, atau kedua orang tua anda mengalami tekanan darah tinggi, kemungkinan anda juga berisiko tinggi mengalaminya.

  • Usia - Seiring bertambahnya usia, kita semua semakin berisiko menderita tekanan darah tinggi. Mengapa? Kerana semakin kita bertambah tua, elastisitas pembuluh darah kita juga berkurang sehingga cenderung mengalami penyempitan pembuluh darah. Akibatnya, tekanan darah pun meningkat.

  • Jantina - Hingga usia 45, lelaki lebih berisiko mengalami tekanan darah tinggi. Pada usia 45 hingga 64, baik lelaki ataupun wanita memiliki tingkat risiko yang sama. Tetapi, pada usia di atas itu, wanita lebih berisiko.

  • Kurang bergerak (Sedentary lifestyle) - Biasanya, orang yang tinggal di kota besar cenderung memiliki gaya hidup kurang bergerak. Bekerja di  pejabat, dan terus menerus duduk, ditambah lagi kurangnya olahraga, akan cenderung meningkatkan risiko penyempitan atau penyumbatan di pembuluh darah. Akibatnya adalah meningkatnya risiko darah tinggi.

  • Pola makan - Kalau anda suka makan makanan tinggi kalori, lemak, dan gula, mungkin sudah masanya anda menguranginya untuk mengurangkan  risiko terkena penyakit darah tinggi. Dan, ini juga adalah fakta umum yang diketahui hampir semua orang. Kurangkan makanan bergaram kerana itu dapat menahan banyak cairan dalam tubuh sehingga meningkatkan tekanannya.

  • Berat badan berlebih - Jika BMI anda 25 hingga 30, ataupun  lebih,  anda tergolong dalam berat badan berlebihan dan lebih berisiko mengalami tekanan darah tinggi.

  • Kebiasaan minum minuman beralkohol - Alkohol dapat meningkatkan kadar trigliserida dalam darah. Trigliserida adalah kolesterol yang jahat yang berpotensi menyebabkan tekanan darah meningkat.

  • Stress - Stress dapat meningkatkan tekanah darah sewaktu. Hormon adrenalin akan meningkat sewaktu kita stress, dan itu boleh mengakibatkan jantung mengepam darah lebih cepat sehingga tekanan darah pun meningkat. Selain itu, pada saat stress biasanya pilihan makanan kita kurang baik. Kita akan cenderung melahap apa pun untuk merilekskan diri, dan itu boleh memaksa secara tidak langsung pada tekanan darah kita.

  • Penyakit yang lain - Menurut para ahli, gangguan kesihatan seperti Apnea tidur (Sleep Apnea) dapat menimbulkan tekanan darah tinggi.





Utk mendapatkan kolsultasi berterusan dari saya, sila hubungi saya di :
NOR ASILA BINTI MAT YATIM
SHAKLEE ID : 907481
HP : 012-672 2762
C.O.D. AREA MERU / KLANG / SHAH ALAM / KUALA SELANGOR 



Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Buah Pinggang

Tekanan Darah Tinggi Yang Tidak Dikawal Akan Menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang Yang berkekalan.

Buah pinggang memainkan peranan utama dalam mengawal tekanan darah ke tahap yang normal. Walaubagaimana pun, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan merosakkan pembuluh darah di buah pinggang. Keadaan ini akan menyebabkan buah pinggang anda mengalami kerosakan.

Tekanan darah adalah ukuran daya kekuatan darah terhadap dinding pembuluh darah. Jika tekanan darah kekal berada dalam keadaan lebih tinggi dari biasa, maka ianya di sebut tekanan darah tinggi atau hipertensi. Peningkatan cecair dalam darah dan saluran darah tersumbat juga boleh meningkatkan tekanan darah.

Tekanan darah tinggi yang berkekalan akan menyebabkan jantung anda bekerja keras dan akhirnya akan menjadikan pembuluh darah yang membawa darah ke seluruh tubuh akan rosak. Kerosakan pembuluh darah di buah pinggang akan menyebabkan ketidakmampuannya untuk mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan dan cecair tambahan dari tubuh.

Tekanan darah tinggi juga merupakan punca utama kepada berlakunya kegagalan buah pinggang atau di kenali sebagai End Stage Renal Disease(ESRD). Mereka yang mempunyai masalah ini perlu menjalani rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk meneruskan kehidupan.

Bacaan terbaik yang mesti anda kekalkan untuk menjaga tekanan darah anda terutamanya jika anda mempunyai masalah buah pinggang ialah 130/80.

*** Tanda Dan Gejalanya ***

Tekanan darah tinggi pada kebiasaannya tidak mempunyai apa-apa tanda atau gejala yang menunjukkan anda mempunyai tekanan darah tinggi. Kebanyakannya langsung tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi. Ini kerana mereka langsung tidak mengalami apa-apa tanda. Dan ada sesetengahnya pula akan mengalami sakit kepala.

Sesetengahnya hanya akan mengetahui bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi setelah berlakunya beberapa jenis penyakit seperti stroke,penyakit jantung atau kerosakan buah pinggang.

 

Satu cara untuk mengetahui apakah tekanan darah anda tinggi dari yang sepatutnya adalah dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah yang dilakukan oleh mereka yang pakar.
Saya syorkan anda beli alat untuk memeriksa tekanan darah anda. Ianya ada dijual di farmasi-farmasi di tempat anda.Dengan alat ini anda boleh memeriksanya sendiri dan lebih kerap.

Rawatan untuk tekanan darah tinggi meliputi perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan.Sentiasa mengikuti rancangan rawatan yang ditetapkan kerana ianya sangat penting bagi mengelak atau melambatkan komplikasi kepada buah pinggang anda atau pun penyakit-penyakit lain. Ianya juga akan dapat membantu anda untuk sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif.

Perubahan gaya hidup antara lain ialah meliputi diet makanan yang sihat berkhasiat, banyakkan bersenam dan bersukan, menjaga berat badan yang sihat dan juga mengawal pengambilan kafein dan alkohol. Bagi anda yang beragama Islam,ketahuilah kerana sesungguhnya pengambilan alcohol (arak) adalah haram.

1) Sentiasa mengikut rancangan diet pemakanan yang telah ditetapkan.
Hadkan pengambilan garam harian kepada 2000 miligram sehari atau lebih rendah.
Elakkan pengambilan makanan yang berlemak dan tinggi kandungan kolestrol dalam diet anda.
Hadkan dan sebaiknya elakkan terus pengambilan alkohol.Pengambilan terlalu banyak alkohol akan meningkatkan tekanan darah.Dan diulangi arak adalah HARAM di sisi agama Islam.
Dan sekiranya anda sudah mempunyai masalah buah pinggang,doktor mungkin akan meminta anda untuk mengurangkan pengambilan sumber protein.

2) Lakukan banyak senaman fizikal dalam aktiviti harian anda.Anda boleh bertanya kepada pakar kesihatan apakah aktiviti fizikal yang sesuai untuk anda.Disiplinkan diri agar melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya seminggu 3 kali.Anda boleh melakukan aktiviti yang ringan seperti berjogging,berjalan cepat dan juga berbasikal.

Bagi sesetengah individu,mengamalkan gaya hidup sihat sudah cukup untuk mengawal tekanan darah mereka. Walaubagaimanapun,pada sesetengahnya pula memerlukan kepada pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah mereka.

Ada banyak jenis ubat yang dapat anda ambil untuk mengawal tekanan darah anda,tetapi ada dua jenis ubat yang bukan sahaja dapat mengawal tekanan darah anda, malah ianya dapat membantu untuk melindungi fungsi buah pinggang.

Ubat-ubat tersebut ialah angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitor dan angiotensin receptor blocker (ARB).Selain itu doktor anda mungkin akan sertakan ubat Dueratik atau disebut sebagai ‘pil air’ bersama dengan ACE dan ARB.Fungsi dueratik ialah untuk membantu mengepam keluar lebihan air dan juga garam dari tubuh.Ini akan menyebabkan cecair menjadi kurang dalam darah dan sekaligus akan mengurangkan tekanan darah.

Sekiranya anda tidak merasakan apa-apa perubahan, lakukanlah pemeriksaan tekanan darah secara teratur. Dengan ini akan dapat mengesan lebih awal sekiranya berlaku tekanan darah tinggi. Pengesanan dan rawatan di peringkat awal tekanan darah tinggi akan membantu untuk melindungi fungsi buah pinggang anda dan mencegahnya daripada rosak. Selain itu dapat juga mengelakkan berlakunya sebarang komplikasi lain.

Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Tanpa Guna Ubat



Apakah itu penyakit hipertensi?

Penyakit darah tinggi dikatakan apabila tekanan darah systolic anda 140mmHg atau lebih dan bacaan diastolic anda 90mmHg atau lebih.

Bacaan darah tinggi ditulis seperti ini 130/80. Bacaan atas dipanggil systolik dan bacaan bawah dipanggil sistolik.

Jika doktor anda memberitahu bacaan sebegini, 150/100, anda didalam kategori hipertensi.


Jenis Darah Tinggi

Pra Hypertensi

Nilai bacaan tekanan systolic 120-139 dan diastolic 80-89

Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi Peringkat Sederhana

Nilai bacaan tekanan systolic 140-159 dan diastolic 90-99

Tekanan Darah Tinggi atau hipertensi peringkat Tinggi

Nilai Bacaan systolic melebihi 160 atau diastolik melebihi 100


Apakah penyebab Tekanan Darah Tinggi?

Hipertensi primer iaitu penyakit darah tinggi tidak berhubung kait dengan penyakit tertentu. Penyakit ini meliputi 90% jumlah pesakit darah tinggi.

10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

Penyebab sekunder yang diketahui ialah:

1.Penyakit buah pinggang

2.Penyakit sistem endokrin

3.Penyakit pembuluh darah


Adakah Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga anda?


Anda mempunyai risiko 50%, jika kedua ibu bapa anda penderita hipertensi. Jika salah seorang ibu bapa anda pengidap darah tinggi, anda mungkin mewarisi penyakit tersebut.


Mengapa penting mengukur tekanan darah anda secara berkala?

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% penderita Hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Penderita Hypertensi berisiko tinggi untuk mendapat serangan penyakit jantung. Terapi tekanan darah tinggi yang bagus mampu mengurangkan kedatangan anda ke hospital dan kematian akibat strok atau angin ahmar dan serangan penyakit jantung .

Periksa tekanan darah anda menggunakan omron SEM1 dirumah untuk mengurangkan serangan jantung.


Apakah hubung-kait hipertensi dengan diri anda.

Faktor yang menyebabkan Tekanan Darah Tinggi adalah:

  1. Cara hidup tidak aktif
  2. Sejarah keluarga
  3. Umur melebihi 35 tahun
  4. Kegemukan
  5. Paras kolesterol tinggi
  6. Merokok
  7. Pengambilan alkohol yang berlebihan
  8. Diet mengandungi garam yang tinggi
Simptom-simptom Darah Tinggi
Anda berkemungkinan tidak mempunya tanda-tanda atau gejala darah tinggi. Simptom spertia sakit kepala atau pening kepala mungkin mungkin anda rasai waktu pagi.

Untuk mengesahkan anda Hypertensi, buat pemeriksaan tekanan darah anda di klinik berhampiran. Anda akan dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan ulangan 3 tau 5 hari berturut. Doktor akan mengesahkan anda mempunyai penyakit darah tinggi jika bacaan anda melebehi atau bersamaan 140/90.

Peringatan, jangan tunggu sehingga komplikasi hipertensi timbul kerana ia mungkin telah terlambat.Periksa darah tinggi anda dirumah dengan Omron HEM100.

Apakah kesan tekanan darah tinggi kepada anda?

Anda mungkin mengalami tekanan mental dan fizikal. Ini akan memberi kesan kepada keluarga dan pekerjaan anda.

Anda mungkin mengalami kesukaran untuk membeli polisi insuran baru atau dikenakan bayaran tambahan premium yang tinggi.

Apakah komplikasi Hypertensi yang mungkin dihadapi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan.

Komplikasi Hypertensi adalah seperti:

Penyakit jantung seperti :
  • Coronary Heart Disease
  • Congestive Heart Failure
  • Left Ventricular Hypertrophy
  • Komplikasi pada buah pinggang
  • Kegagalan fungsi buah pinggang.
  • Albuminuria
  • Otak
  • Serangan Angin Ahmar.
  • Komplikasi pada mata
  • Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan retina mata

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Darah Tinggi?


Perawatan hipertensi.

Menurunkan tekanan darah tinggi tanpa menggunakan ubatan


Ubah cara hidup anda dengan:
  • Amalkan permakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan lelemak
  • Amalkan senaman berkala
  • Dapatkan berat badan ideal jika berlebihan
  • Pelajari mengatasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok- dapatkan nasihat untuk berhenti merokok

Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama.