Monday, 18 February 2013



Hapuskan Kolesterol dengan OMEGA GUARD

Apa itu Kolesterol?


Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.


Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).


Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.







Kolesterol penyebab serangan jantung???


Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil " ATHEROSCLEROSIS".

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan " ATHEROSCLEROSIS", ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses ATHEROSCLEROSIS" dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh kolesterol LDL.

Sumber wikipedia

Oleh itu amalkan pemakanan yang sihat untuk kesihatan jantung anda. Terdapat pelbagai jenis makanan sihat yang membantu kita mengawal kolesterol sekaligus mengelak daripada serangan jantung. Di antara makanan sihar yang boleh kita ambil sebagai kacang soya, kuaci, buah kering, epal, ikan tuna, kacang tanah, kismis, jambu batu dan juga supplement.




Shaklee mempunyai supplement yang dapat membantu mengawal kolesterol yang dikenali sebagai OMEGA GUARD SHAKLEE. Omega Guard Shaklee adalah supplemen minyak ikan yang dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semula jadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan jenis ikan.

Omega Guard Shaklee merupakan Minyak Ikan Terbaik di Dunia kerana ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain2 lagi. Fungsi EPA adalah menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA penting utnuk perkembangan dan fungsi2 otak.

Omega Guard Shaklee mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan pengambilan asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA bole mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Satu hidangan omega-3 dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.
 


Saya NOR ASILA BINTI MAT YATIM adalah pengedar sah Shaklee [id  907481].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui SMS/Call ke 012 6722762 untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Luvdsilsila untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini

No comments: