Monday 18 February 2013

Alfalfa dan Lecithin ~ ape yg anda perlu tahu

Gabungan dua vitamin ini iaitu Alfalfa dan Lecithin oleh individu yang mempunyai niat untuk pengurusan berat badan malah ibu menyusu sekalipun adalah sangat sesuai. Namun seperkara yang perlu kita tahu tentang dua vitamin ini, pengambilan vitamin ini memerlukan kita minum banyak air. Banyak air yang dimaksudkan bukanlah di minum sekaligus tetapi secara berperingkat atau sedikit-sedikit yang berkadaran dengan masa.



Bagaimana kita nak tahu kita masih kurang air dengan pengambilan vitamin - vitamin ini? Sekiranya anda mengambil salah satu dari vitamin ini iaitu Alfalfa ataupun Lecithin atau kedua duanya sekali, maka anda perlu pastikan antara tanda-tanda kekurangan air ialah


  • badan kita ditumbuhi ruam,
  • tekak mudah rasa haus,
  • kulit wajah ditumbuhi jerawat halus,
  • kulit menjadi kering dan gatal,
  • kulit bibir kering,
  • ulser mulut
  • mudah rasa nak demam.
  • sembelit


Maka apa yang dapat saya kongsikan ialah, pengambilan dua vitamin ini tidak digalakkan sama sekali diambil pada kuantiti yang banyak secara sekaligus kecuali anda memang pengamal tegar air kosong. Ini kerana air kosong membantu melancarkan penyerapan vitamin dan perjalanan darah itu sendiri.



credit

Sekiranya anda ingin mengamalkan dua vitamin ini, dapatkan panduan dan nasihat tentang cara pengambilannya supaya anda dapat menikmati kesihatan yang sebenar seperti yang anda idamkan..


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ Call : 012 6722762

No comments: